Selisih faham: Rujuk orang agama

Ahmad Roslim dan berita tular suami yang dikatakan menangkap isteri curang yang disiarkan akhbar Sinar Harian, semalam.
Ahmad Roslim dan berita tular suami yang dikatakan menangkap isteri curang yang disiarkan akhbar Sinar Harian, semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pasangan suami isteri perlu merujuk kepada hukum agama sekiranya berlaku perselisihan faham sekali gus dapat mengelak berlakunya fitnah dalam kalangan masyarakat.

Imam Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu, Ahmad Roslim Ja'afar berkata, tindakan melulu yang dibuat oleh pasangan sama ada suami atau isteri akan mencetuskan suasana tidak baik seterusnya menjadi bahan fitnah masyarakat sekeliling.

"Memang lebih senang untuk timbul fitnah apabila seseorang individu tidak mengetahui hukum hakam dalam fiqh munakahat.

"Sepatutnya apa yang perlu dilakukan ialah kembali kepada agama dan muhasabah diri ," katanya ketika diminta mengulas mengenai kes tular yang mengaitkan seorang suami menangkap isterinya yang dikatakan curang dalam kejadian di Besut, kelmarin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh suami tangkap isteri curang

Justeru, katanya, setiap perselisihan yang berlaku perlu merujuk kepada al-Quran dan sunnah serta merujuk kepada alim ulama atau orang agama yang mengetahui setiap hukum hakam.

"Haram dan berdosa hukumnya bercinta dengan isteri orang.

"Si isteri juga berdosa jika menjalinkan hubungan dengan lelaki lain kerana dia masih sah suami isteri walaupun sedang melalui proses penceraian atau berlaku perselisihan," katanya

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, katanya, masyarakat sekeliling juga dinasihati tidak membuat tanggapan liar ekoran penularan video itu kerana akan menimbulkan salah tanggapan.

"Jangan kita tularkan sesuatu perkara begini kerana ia banyak menimbulkan fitnah dan salah faham dalam masyarakat," katanya.