Lebih 2,000 kes baharu Covid-19 di Singapura

26,088 individu yang dijangkiti Covid-19. - Foto Reuters
26,088 individu yang dijangkiti Covid-19. - Foto Reuters
A
A
A

SINGAPURA - Singapura mengesan lebih 2,000 kes baharu Covid-19 untuk hari kedua pada 29 September dengan lapan kematian.

Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan daripada 2,268 kes baharu sebanyak 1,810 kes dilaporkan di komuniti, 448 di asrama pekerja migran dan 10 kes import.

Dalam kemas kini terbaru kementerian itu, 1,335 kes kini ditempatkan di hospital, 197 kes serius yang memerlukan bantuan oksigen dan 34 kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

Sejak 28 hari lalu, daripada 26,088 individu yang dijangkiti, 98.1 peratus tidak atau bergejala ringan, 1.6 peratus memerlukan bantuan oksigen, 0.2 peratus dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 0.1 peratus meninggal dunia.

Menurut kementerian lapan kematian membabitkan warga emas Singapura dengan enam daripadanya tidak divaksin Covid-19.

Secara keseluruhan, 93 maut akibat komplikasi Covid-19.

Pada 28 Sept, kementerian memaklumkan 82 peratus rakyat Singapura sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19, manakala 85 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Singapura sudah memberikan sejumlah 9,157,529 dos vaksin Pfizer-BioNTech Comirnaty dan Moderna Covid-19 di bawah program vaksinasi kebangsaan termasuk 196,211 dos penggalak.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 195,791 dos vaksin lain yang diluluskan penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah diberikan, membabitkan 98,772 individu.

Sehingga tengah hari Rabu, jumlah kes adalah sebanyak 94,043 dengan 16.643 kes aktif. -Bernama