SK Bukit Mentok, SMK Chukai johan silat

Perasmian Penutup Kejuaraan 1 Sekolah 1 Silat (1S1S) Negeri Terengganu yang disempurnakan Presiden Pesaka Terengganu, Datuk Yahaya Ali secara dalam talian malam Rabu.
Perasmian Penutup Kejuaraan 1 Sekolah 1 Silat (1S1S) Negeri Terengganu yang disempurnakan Presiden Pesaka Terengganu, Datuk Yahaya Ali secara dalam talian malam Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai muncul sebagai juara bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Kejuaraan 1 Sekolah 1 Silat Negeri Terengganu 2021.

Kemenangan dua sekolah dari daerah Kemaman itu diumumkan dalam Perasmian Penutup Kejuaraan 1 Sekolah 1 Silat (1S1S) Negeri Terengganu yang disempurnakan Presiden Pesaka Terengganu, Datuk Yahaya Ali secara dalam talian malam Rabu.

Ketua Delegasi Teknikal Kejuaraan 1S1S Negeri Terengganu, Mohamad Mat Amin berkata, pertandingan 1S1S diadakan bermula 22 Ogos hingga 22 September lalu melibatkan seramai 174 peserta dari 53 sekolah rendah dan menengah di Terengganu.

Menurutnya, penganjuran pertandingan diadakan sepenuhnya secara dalam talian bermula dari pendaftaran peserta hingga penjurian dan mereka perlu menghantar video masing-masing menerusi aplikasi telegram mengikut format ditetapkan.

“Penilaian persembahan peserta dilakukan oleh tiga ketua pertandingan, 15 juri dan dua deligasi teknikal selama tiga hari secara maya bermula 24 September meliputi pelbagai aspek serta kriteria yang ditetapkan.

“Ini kali pertama Pesaka Terengganu anjurkan pertandingan dalam talian dan ia bertujuan memilih wakil untuk dibawa ke Kejuaraan 1S1S Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 25 Oktober nanti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pesilat dari SMK Chukai, Ahmad Iqbal Iman Ahmad Nesfu menunjukkan gerakan silatnya.
Pesilat dari SMK Chukai, Ahmad Iqbal Iman Ahmad Nesfu menunjukkan gerakan silatnya.

Antara acara yang dipertandingkan adalah silat solo kreatif, jurus wajib, jurus regu, silat tanding, kategori putera dan puteri, sekolah menengah dan sekolah rendah.

Artikel Berkaitan:

Mohamad berkata, selain memilih wakil Terengganu, program itu bertujuan menggalakkan kecergasan dalam kalangan pelajar dengan latihan silat di rumah dan menyertai lebih banyak pertandingan sewaktu pandemik Covod-19.

Jelas beliau, ia juga bagi memastikan seni silat terus dipelihara dan dikembangkan sejak dari peringkat sekolah seiring dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

“Aktiviti ini juga sebenarnya dapat membantu markah kokurikulum murid-murid silat di sekolah.

“Harapan saya, murid dapat terus berlatih walaupun berada dalam pandemik Covid-19 supaya kecergasan jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang ada dalam disiplin bela diri silat dapat diterapkan,” katanya.