Maqis rampas daging wagyu bernilai lebih RM35,000

Daging wagyu bernilai RM35,981 yang dirampas kerana tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.
Daging wagyu bernilai RM35,981 yang dirampas kerana tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mematahkan cubaan membawa masuk daging lembu wagyu bernilai RM35,981 dari Australia di kawasan Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Maqis Selangor menerusi kenyataan berkata, daging wagyu seberat 256.70 kilogram (kg) itu dikesan ketika pemeriksaan dijalankan pada jam 12 tengah hari

"Daging wagyu tersebut dirampas kerana tidak mempunyai permit import Maqis yang sah," katanya kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, kesalahan mengimport dagangan hasilan haiwan tanpa mempunyai permit import merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

"Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti, kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara kita," katanya.

Artikel Berkaitan: