Apa orang muda mahu?

No Image Caption
A
A
A

SETIAP anak muda perlu diberi peluang dan berhak memilih pemimpin tepat kerana mereka merupakan pewaris negara yang bakal memimpin Malaysia pada masa akan datang.

Ia kerana anak muda atau belia harus dilibatkan secara langsung dalam proses demokrasi bermula dari proses mengundi hinggalah dibenarkan menjadi calon seawal usia 18 tahun.

Pemikiran mereka lebih terbuka dan rasional terhadap masa depan negara apabila didedahkan dengan demokrasi politik, isu-isu semasa dan sistem perlembagaan.

Setelah menanti beberapa tahun sinar untuk anak muda mengundi bakal dicapai apabila seramai 5.8 juta bakal pemilih berusia 18 tahun ke atas diseru untuk membuat Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) selama sebulan mulai 1 Oktober ini.

Semakan tersebut merupakan langkah awal bagi golongan muda yang bakal menjadi penyumbang angka terbesar pengundi untuk pilihan raya akan datang.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mereka yang terlibat perlu menyemak dan mengesahkan maklumat.

Beliau berkata, dalam tempoh tersebut, mana-mana warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat dan membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, parti-parti politik sudah tentu akan mengambil peluang untuk mengetengahkan calon atau wakil rakyat muda dalam pilihan raya nanti.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pendekatan tersebut sudah pasti akan menarik minat orang muda untuk menyokong dan menyertai politik kerana mereka melihat wakil rakyat muda ini sebagai suri teladan kepada mereka.

Selain itu, katanya, agenda yang dekat dengan belia juga akan menjadi keutamaan dan manifesto setiap parti terutama untuk menarik minat mereka untuk menyokong calon yang diketengahkan.

Ujarnya lagi, pengundi muda itu juga dijangka mempengaruhi barisan Jemaah Menteri apabila lebih banyak parti menonjolkan wakil rakyat muda.

No Image Caption