'Patuhi SOP, sudah 70 peratus lokaliti di Mentakab kena PKPD'

Chee Wan (tengah) bersama sebahagian bantuan makanan buat penduduk terlibat di Rumah Pangsa Jalan Karak di Mentakab.
Chee Wan (tengah) bersama sebahagian bantuan makanan buat penduduk terlibat di Rumah Pangsa Jalan Karak di Mentakab.
A
A
A

TEMERLOH - Orang ramai khususnya penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab di sini diminta tidak mengambil mudah dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dalam mencegah penularan Covid-19.

Ini berikutan sudah 70 peratus lokaliti di DUN terbabit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan berkata, ada juga beberapa lokaliti di DUN terbabit dikenakan lebih daripada sekali PKPD antaranya di Taman Temerloh Jaya, Taman Rimba dan Taman Sri Layang.

"Saya berharap orang ramai berhati-hati dan mematuhi segala SOP ditetapkan supaya tidak mudah dijangkiti Covid-19," katanya.

Dalam perkembangan terbaharu katanya, Rumah Pangsa Jalan Karak, Mentakab turut dikenakan PKPD bermula 26 September lalu hingga 9 Oktober ini.

"Terdapat kira-kira 300 penduduk terlibat di lokaliti ini dengan membabitkan 100 unit rumah.

"Bantuan bakul makanan setiap isi rumah telah diagihkan kepada mereka pada Isnin lalu," katanya.

Difahamkan setakat Selasa, terdapat 27 orang di lokaliti berkenan dijangkiti Covid-19.

Artikel Berkaitan: