Kerajaan nafi belanja RM2 bilion siapkan buku RMK12

Datuk Seri Mustapa Mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed
A
A
A

PUTRAJAYA - Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak pernah membelanjakan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perancangan pembangunan negara untuk lima tahun itu disediakan oleh pegawai UPE JPM di bawah seliaannya.

Menurutnya, perancangan itu juga hasil input daripada libat urus dengan pelbagai pihak

"Penyediaan RMK12 melibatkan kos amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media.

"Saya berharap Anwar dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa lebih RM2 bilion dibelanja siapkan buku RMK12

Sidang Dewan Rakyat diberitahu oleh Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson bahawa sebanyak RM2 bilion diberikan kepada konsultan luar negara untuk menyiapkan buku RMK12 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.

Artikel Berkaitan: