Nasihat Anwar kepada ahli parti

Anwar Ibrahim -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Anwar Ibrahim -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli parti dinasihatkan menghormati semangat PH dan pendirian PKR untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nasihat itu dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjawab kenyataan ADUN Batu Uban, Kumaresan Arumugam yang mahu beliau diangkat segera sebagai Perdana Menteri.

"Saya akan nasihatkan ahli-ahli parti termasuk ADUN supaya menghormati semangat PH dan pendirian PKR. Pertama, untuk menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir seperti mana kita sepakati," katanya kepada media selepas mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, Kumaresan dalam satu kenyataan berkata, Anwar perlu diangkat segera sebagai Perdana Menteri berikutan kekalahan PH dua kali berturut-turut dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

Menurut Kumaresan, kerajaan PH perlu bertindak segera bagi memperbetulkan kesilapan yang mengundang rasa tidak puas hati rakyat.

Anwar sebelum ini pernah menyatakan bahawa Dr Mahathir perlu diberi ruang untuk memimpin.

Beliau yang merupakan calon Perdana Menteri kelapan berkata, adalah penting untuk membenarkan Dr Mahathir mentadbir negara secara efektif kerana PH dalam keadaan rumit dan mencabar.

Artikel Berkaitan: