Dadah bernilai RM1.64 juta dirampas di Cox's Bazar

Pil Yaba turut dikenali sebagai 'ubat gila' diseludup dari Myanmar
Pil Yaba turut dikenali sebagai 'ubat gila' diseludup dari Myanmar
A
A
A

DHAKA - BANGLADESH. Pihak berkuasa Bangladesh merampas lebih sejuta pil yaba bernilai 34 juta taka (RM1.64 juta) dalam serbuan besar-besaran di Cox's Bazar sepanjang bulan lalu.

Menurut agensi media rasmi, kesemua pil berkenaan dirampas dalam serbuan di kawasan pesisir pantai berhampiran sempadan Myanmar.

Difahamkan, seramai 313 pengedar dadah berjaya ditahan, manakala tujuh yang lain maut dalam insiden berbalas tembakan dengan polis.

Yaba adalah adalah pil berkualiti rendah dan turut dikenali ‘ubat gila’ diseludup dari Myanmar untuk komuniti penagih dadah di Bangladesh dan Thailand. - Agensi

Artikel Berkaitan: