Padah guna Mykad palsu

Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan kerana memiliki dan menggunakan Mykad palsu.
Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan kerana memiliki dan menggunakan Mykad palsu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang wanita warga Filipina dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini kerana memiliki dan menggunakan kad pengenalan palsu sejak lima tahun lalu.

Majistret Nazrin Ali Rahim, menjatuhkan hukuman ke atas Maimunah Sakaran Sarau, 42, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki kad pengenalan palsu di atas nama Normilyn Amad, nombor kad pengenalan 790125-12-5042 yang beralamat di TB 11651, Lorong Semarak 2C/3, Taman Semarak, 9100 Tawau, Sabah.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, di Ayer Keroh, di sini, pada jam 12 tengah hari, 27 Februari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan- peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20, 000 atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semakan yang dibuat oleh JPN mendapati nombor kad pengenalan berkenaan milik seorang wanita lain semakan kedua-dua cap jari ke atas tertuduh juga adalah tidak sepadan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa JPN Melaka, Mohd Nasrom Yusof, memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh bukan sahaja pengajaran kepada tertuduh malah individu di luar sana selain perlu dirujuk kepada Jabatan Imigresen sejurus hukuman selesai bagi proses pengusiran keluar.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan dikenakan selain minta untuk dihantar pulang ke negara asal.

Artikel Berkaitan:

Selepas mendengar alasan kedua-kedua pihak mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan dari tarikh tangkap itu pada 27 Februari.