X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Adik maut, abang cedera ditimpa pokok ketika mandi sungai

Seorang kanak-kanak maut, manakala abangnya cedera ringan ditimpa pokok tumbang ketika mandi manda di Serendah River pada Ahad.
A
A

HULU SELANGOR - Adik maut manakala abangnya cedera ringan ditimpa pokok tumbang ketika mandi manda di Serendah River pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan 11 tahun.

Menurutnya, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 2.39 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan pokok tumbang yang telah menimpa dua kanak-kanak berkenan yang sedang mandi di sungai berkenaan.

"Mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba ke lokasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!