X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

56 pendaki ditahan ceroboh Air Terjun Setinggi

Antara yang dikesan menjalankan aktiviti pendakian di Air Terjun Setinggi, Hutan Simpan Serendah pada Sabtu.
A
A

HULU SELANGOR - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menahan 56 individu yang mendaki di Air Terjun Setinggi, Hutan Simpan Serendah tanpa kebenaran pada Sabtu.

Pengarah JPNS, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, mereka berusia antara 19 hingga 33 tahun itu ditahan oleh pegawai Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor bersama polis dalam operasi penguatkuasaan dijalankan bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Menurutnya, operasi tersebut merupakan lanjutan daripada aduan penduduk yang mendakwa ramai pendaki telah masuk ke kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) itu melalui kawasan kediaman mereka tanpa permit yang sah.

"Penduduk mendakwa pengunjung telah mengganggu kehidupan harian mereka dengan meletak kenderaan di tepi jalan rumah mereka sehingga merosakkan paip air, tong sampah dan meninggalkan sampah merata-rata," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ahmad Fadzil berkata, JPNS tidak mengeluarkan sebarang permit masuk bagi tujuan pendakian atau lain-lain tujuan rekreasi semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

"Memasuki HSK tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan).

"Melalui operasi penguatkuasaan ini, kesemua yang ditahan telah di bawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Justeru itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan yang sedia ada dan boleh merujuk JPNS atau Pejabat Hutan Daerah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau aduan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!