UKM mahu jalin kerjasama dengan Sinar Harian

SHAH ALAM - Pusat Komunikasi Korporat dan Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhasrat menjalinkan hubungan erat dan kerjasama strategik dengan akhbar Sinar Harian.
Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, Profesor Dr Mohd Syuhaimi Ab Rahman berkata, pihaknya berharap kerjasama tersebut dapat mengetengahkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang daripada universiti berkenaan.
“Saya kira Sinar Harian juga memerlukan banyak input daripada pakar-pakar UKM.
"Jadi, kami sedia membantu dalam pelbagai bidang samada pendidikan, sains sosial atau sains teknologi,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kumpulan Karangkraf di sini pada Jumaat.