X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Bilionair Jepun bakal ke angkasa lepas selama dua minggu

Yusaku Maezawa - Foto fail Reuters
A
A

USAHAWAN terkemuka Jepun, Yusaku Maezawa bakal merealisasikan impiannya untuk ke angkasa lepas, selepas beliau mengumumkan terpilih untuk menyertai jelajah Space Adventures ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) melalui Soyuz, pada Disember ini.

Melalui perkongsian terbaharu di Twitternya, bilionair itu berkata, jelajah berkenaan bermula dari 8 hingga 20 Disember 2021, dan ia merupakan persiapan untuk menyertai misi penerbangan Space X pada 2023.

Tambahnya lagi, ISS berkenaan akan menjadi tempat tinggalnya selama tempoh beliau berada di angkasa, dan segala pengalaman dari penjelajahan itu akan dikongsikan di Twitter melalui #MYZJourneytoSpace.

Pada 17 September 2018, Maezawa, yang juga pengasas jenama ZOZO, telah disenaraikan sebagai antara penumpang Kapal Angkasa Space X, untuk membuat penerbangan melintasi bulan.

Penerbangan itu telah dijadualkan tidak lewat dari 2023, dengan tempoh masa enam hari, dan beliau pada mulanya merancang untuk membawa enam artis muda untuk sama-sama menyertai beliau.

Maezawa bagaimanapun kemudian, telah mengubah rancangan itu, sebaliknya mahu membawa orang awam untuk menyertai penerbangan tersebut.

Dikenali sebagai hartawan dengan pelbagai jenama fesyen selain ZOZO, Maezawa telah membuka Yayasan Seni Kontemporari di Tokyo pada 2021., dengan tujuan menyokong artis muda sebagai generasi seni kontemporari seterusnya. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!