PM rai Sultan Hassanal Bolkiah di Seri Perdana

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ketibaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bagi mengadakan pertemuan ulung di bawah rangka kerja Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meraikan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah, yang dalam lawatan ke negara ini, pada satu majlis santapan tengah hari di Seri Perdana, di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah, yang tiba di Malaysia semalam, disambut oleh Dr Mahathir sebaik tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri itu.

Isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu turut hadir pada santapan tengah hari itu.

Sultan Hassanal Bolkiah adalah dalam lawatan dua hari ke Malaysia di mana sebelum ini Baginda mengadakan perbincangan dengan Dr Mahathir dalam rangka kerja Perundingan Tahunan Para Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam

Perdagangan antara Malaysia dan Brunei Darussalam berjumlah AS$981.2 juta pada 2018. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia