X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Kes Covid-19 di seluruh dunia kini lebih 230 juta

Malaysia merekodkan lebih 2 juta kes Covid-19 dengan 24,000 kes kematian. - Foto Bernama
A
A

LEBIH 500,000 kes positif baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lepas di seluruh dunia menjadikan jumlah kumulatif kes global kini melebihi 230 juta.

Data daripada Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 42.6 juta kes, diikuti India dengan lebih 33.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.2 juta kes.

United Kingdom, Rusia dan Perancis antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia masih mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan menghampiri 4.2 juta kes, diikuti Filipina dengan lebih 2.4 juta kes.

Malaysia pula merekodkan lebih 2 juta kes dan Thailand dengan 1.5 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 82,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.72 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 682,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 592,000 kes, India lebih 446,000 kes dan Mexico lebih 273,000 kes, sementara United Kingdom mencatatkan lebih 136,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 141,000 kes.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 37,000 diikuti Malaysia dengan 24,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 15,000 angka korban.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!