X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Rentas negeri bukan punca peningkatan kes Covid-19

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Aktiviti rentas negeri tidak mengakibatkan peningkatan kes Covid-19 sekiranya kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, lonjakan kes jangkitan berpunca daripada pengumpulan atau 'congregation'.

"Kita telah membuat unjuran apabila mencapai 90 peratus vaksin, lebih kurang liputan untuk seluruh penduduk lebih 60 peratus. (Maka) Kita akan meningkatkan pemberian vaksin kepada remaja.

"Kita juga telah membuat keputusan bahawa rentas negeri boleh dan ia tidak akan sebabkan peningkatan kes tetapi 'congregation' yang meningkatkan penularan jangkitan.

"Justeru, membenarkan rentas negeri bukan isu sangat," katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti rentas negeri akan dibenarkan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Katanya, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang diadakan pada Rabu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!