Token percuma untuk individu tidak miliki telefon pintar

Khairy Jamaluddin - Foto Bernama
Khairy Jamaluddin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Teknologi Sains dan Inovasi (MOSTI) sedang membangunkan satu sistem token yang akan diberi secara percuma kepada golongan yang tidak mempunyai telefon pintar bagi membolehkan mereka ‘check in’ di sesebuah premis.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, token itu boleh dibawa mana-mana pihak yang tidak mempunyai telefon pintar seperti warga emas atau golongan B40.

“Token tersebut menggunakan ‘bluetooth proximaty technology,” katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Khamis.

Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) sebelum itu bertanyakan kepada Khairy mengenai mereka yang mempunyai telefon pintar seperti warga emas atau B40 yang tidak boleh ‘check in’ menerusi MySejahtera kerana tidak mempunyai telefon pintar.

Khairy menambah, MySejahtera turut mempunyai ciri bagi membolehkan seseorang untuk ‘check in’ bersama dengan tanggungannya untuk memasuki mana-mana premis.

“Mereka juga masih lagi boleh menulis dalam buku dan membawa kad vaksinasi secara manual,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: