Polis nafi tular kes samun, pecah rumah di Kamunting, Taiping

Polis menafikan mesej kejadian samun yang tular di media sosial. Foto: ihsan polis
Polis menafikan mesej kejadian samun yang tular di media sosial. Foto: ihsan polis
A
A
A

TAIPING - Polis menafikan kejadian samun bersenjata parang dan pecah rumah di sekitar Kamunting dan Taiping seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, polis mengesan satu mesej tular di aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya berlaku kejadian melibatkan dua lelaki bermotosikal bersenjatakan parang atau pedang samurai.

"Hasil semakan dan siasatan dijalankan, polis mendapati tiada kejadian berkenaan seperti yang ditularkan.

"Mesej tersebut disahkan tidak benar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: