Enam diberkas disyaki terlibat tipu pelaburan dalam talian

Enam individu ditahan dalam serbuan di sebuah unit pangsapuri di Cheras di sini pada Selasa.
Enam individu ditahan dalam serbuan di sebuah unit pangsapuri di Cheras di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai lima warga asing dan seorang rakyat tempatan disyaki terlibat kes penipuan pelaburan dalam talian diberkas di sebuah unit pangsapuri di Cheras di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Superintendan Tan Poh Cheok berkata, kesemua suspek lelaki ditahan itu berusia dari 20 hingga 23 tahun.

"Polis merampas enam unit komputer riba dan 12 telefon bimbit dalam serbuan tersebut.

"Siasatan awal mendapati sindiket mula beroperasi sejak bulan ini, mensasarkan mangsa dari China," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebarang jenayah atau aktiviti mencurigakan, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 0585 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan: