Thailand, Bali, Malaysia destinasi paling popular di Asia untuk pengembaraan

A
A

Kumpulan warga emas paling ramai melancong

DI SELURUH dunia, tempahan untuk pengalaman perkhidmatan penyewaan rumah percutian dalam talian, Airbnb yang berkaitan dengan kesejahteraan semakin meningkat.

Ia membabitkan penglibatan sangat ketara antara warga emas (umur 60+) dan Gen Z dan milenia (umur 18-24) dengan pertumbuhan lebih daripada 800% dalam kedua-dua kumpulan umur.

Mengikut makluman Airbnb, jika dilihat di negara ini pula, awal tahun ini, Tourism Malaysia melaporkan pertumbuhan pesat pelancongan kesejahteraan (wellness tourism) global adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah kelas menengah yang memiliki kuasa beli lebih besar, keinginan pengguna yang semakin meningkat untuk mengamalkan gaya hidup sihat, dan peningkatan minat dalam pelancongan berasaskan pengalaman.

Tempahan untuk pengalaman yang berkaitan dengan kesejahteraan meningkat lebih daripada 500% dari 2017 hingga 2018, dengan Bali dan Thailand, yang menerajui Asia dan menyokong pelancongan kesejahteraan.

Menurut Global Wellness Institute (GWI), pelancongan kesejahteraan di Asia Pasifik telah meningkat 33% dalam tempoh dua tahun yang lalu, menjadikannya pasaran yang paling pesat berkembang.

Malah, Thailand, Indonesia, dan Malaysia merupakan tiga pasaran pelancongan kesejahteraan utama di Asia Tenggara.

20 destinasi global terbaik

Di Asia, bandar-bandar yang mengalami pertumbuhan yang paling ketara dalam pengalaman kesejahteraan Airbnb ialah Bali, Bangkok dan Chiang Mai.

Bali berada di tempat teratas dalam senarai bandar-bandar yang berkembang maju dengan pertumbuhan pengalaman kesejahteraan yang ditawarkan lebih daripada 7,400% tahun ke tahun*.

Selepas Bali, Thailand merupakan salah satu daripada 20 destinasi global terbaik khusus dalam menyediakan percutian yang holistik dan menenangkan minda.

Berdasarkan data tempahan Airbnb, platform yang didorong oleh komuniti ini menyaksikan peningkatan ketibaan tetamu dari luar di Bali, Bangkok dan Chiang Mai, di sini pengembara menginap dua kali lebih lama berbanding pengembara biasa.

Lawatan Pemulihan dan Mandian Suci Bali, Bali.
Lawatan Pemulihan dan Mandian Suci Bali, Bali.

Sebagai respons kepada pihak berkuasa di Bangkok yang menyokong status budaya dunia untuk “urutan Thai”, Pengalaman Airbnb menyokong inisiatif ini melalui peningkatan usahawan yang mencari cara yang inovatif untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi pelancongan, dengan membantu mereka memahami tradisi budaya di sebalik kesejahteraan Thailand.

Pengurus Besar Airbnb Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, Mike Orgill berkata, pihaknya cukup teruja untuk menyokong gelombang usahawan baharu dalam komuniti tempatan dan dengan industri pelancongan yang semakin berkembang, Airbnb mempromosikan pelancongan tempatan yang asli, pelbagai, inklusif, dan mampan.

"Hos Airbnb kami ialah pengusaha kreatif yang amat mementingkan budaya tempatan mereka, dan Pengalaman Airbnb ialah cara terbaik untuk membuka peluang ekonomi untuk penduduk tempatan meraih pendapatan daripada minat dan bakat mereka.

"Aset terbesar kami ialah masa dan potensi manakala pengalaman ialah cara memanfaatkannya,” katanya.

Pada tahun 2018, ketibaan pelancong antarabangsa mencapai unjuran 2020 dua tahun lebih awal daripada jadual, dengan pertumbuhan yang diramalkan didorong oleh trend global seperti pelancongan kesejahteraan.

Apabila pengembara memasuki tahun 2019 disusuli dengan resolusi tahun baru, pergerakan global pelancongan kesejahteraan yang bernilai $639 bilion mungkin 'memanggil-manggil'.

Trend berkembang

Selain itu, Airbnb mendapati ada banyak lagi trend yang sedang berkembang dengan lebih pesat daripada yang lain:

1) Pengalaman kesejahteraan telah berkembang dalam kalangan semua kumpulan umur, tetapi ia berkembang paling pesat dalam kalangan warga emas

Pada tahun lepas, kelihatan lebih jelas bahawa perjalanan kesejahteraan diminati oleh lebih daripada sekadar golongan demografi millennial, dan merupakan pergerakan yang merentasi semua kumpulan umur dan rantau.

Malah, warga emas (umur 60+) merupakan golongan pengguna terbesar yang semakin berkembang dalam pengalaman kesejahteraan, dengan peningkatan tempahan sebanyak 887% dari tahun 2017.

2) Tetamu dari Perancis menempah paling banyak pengalaman kesejahteraan

Selain daripada pasaran yang sedang meningkat popular, Airbnb juga melihat peningkatan minat perjalanan kesejahteraan berdasarkan permintaan tetamu yang lebih tinggi daripada negara-negara seperti Perancis, Kanada dan Jerman sepanjang tahun lepas***.

3) Kebatinan semakin diminati oleh wanita di seluruh dunia

Pada tahun 2019, perjalanan kesejahteraan tidak hanya dibuat untuk kecergasan dan diet, tetapi untuk ketenangan fikiran dan memulihkan semangat, seperti yang Airbnb dapati dalam kalangan pengembara wanita.

Pengalaman seperti bermeditasi dengan pawang merupakan 15 pengalaman kesejahteraan yang paling banyak ditempah di kalangan wanita, dengan 'lawatan pemulihan dan mandian suci Bali' juga menjadi pilihan utama dalam kalangan wanita dari hampir semua rantau.

Untuk tetamu lelaki, berbasikal merupakan aktiviti kesejahteraan pilihan, dengan Aktiviti Berbasikal Eksklusif Berkualiti Semasa Matahari Jatuh memasuki 15 senarai paling banyak ditempah dalam kalangan lelaki dari semua rantau.

Dengan sistem kategori “passion” yang khusus di platform Airbnb, pengembara boleh mengembara dengan mudah disebabkan oleh ketersediaan pengalaman kesejahteraan untuk hampir setiap jenis rejimen penjagaan diri.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia