Perak tangguh jual istana lama

Saarani ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.
Saarani ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri Perak bersetuju menangguhkan penjualan secara tender terbuka tanah Istana Raja Muda Perak di Teluk Intan.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, keputusan itu dipersetujui di dalam mesyuarat Exco pada Rabu.

Menurutnya, perkara itu diputuskan selepas mengambil maklum pandangan beberapa anggota masyarakat berkaitan tender terbuka itu.

"Kita bersetuju untuk menangguhkan tender berkenaan kerana kita perlu buat kajian terperinci tapak tersebut.

"Kita mengambil kira dan menghormati pandangan orang awam maka sebab itu kerajaan negeri menangguhkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Saarani berkata, penjualan tanah tersebut secara tender terbuka dilakukan selepas tiada bantahan diterima daripada orang awam oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak ketika sesi pendengaran awam untuk membatalkan pewartaan kawasan itu pada 21 Januari 2021.

Menurutnya, selepas tiada bantahan diterima, pembatalan tapak tanah rizab Istana Raja Muda Perak itu telah diwartakan pada 18 Mac 2021.

Beliau berkata, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak kemudiannya melaksanakan tender terbuka bagi pemberimilikan tanah kerajaan untuk tujuan komersial dan pembangunan bercampur mulai 15 September hingga 6 Oktober.

Artikel Berkaitan:

Namun katanya, setelah tender terbuka dikeluarkan barulah isu tersebut ditimbulkan oleh pihak tertentu sehingga kerajaan memutuskan penangguhan penjualan tanah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Perak bincang semula isu jual istana lama