Sultan Selangor, Raja Muda zahir dukacita pemergian Ken Worden

Poster mendiang Ken Worden di Facebook Selangor Royal Office pada Rabu.
Poster mendiang Ken Worden di Facebook Selangor Royal Office pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Idris Shah, menzahirkan perasaan dukacita atas pemergian bekas jurulatih pasukan bola sepak Selangor, Ken Worden.

Mendiang Ken Worden yang dilahirkan di Preston, England, meninggal dunia di Australia pada usia 78 tahun.

Menerusi satu hantaran di Facebook Selangor Royal Office pada Rabu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Amir Shah bertitah, mendiang pernah membawa pasukan Selangor menjulang kejuaraan Piala FA dan naib juara Piala Malaysia ketika menjadi jurulatih pasukan tersebut pada tahun 1991.

Menurut baginda, mendiang pernah dilantik sebagai jurulatih pasukan kebangsaan selama dua tahun bermula Januari 1992 sehingga penghujung 1993

"Namun begitu mendiang kembali sebagai jurulatih Selangor serta berjaya memenangi Piala Malaysia 1995 dan 1996.

“Selepas meneruskan karier kejurulatihan bersama beberapa lagi pasukan tempatan, mendiang sekali lagi kembali bersama The Red Giants untuk menjulang Piala Malaysia pada tahun 2002.

“Di atas jasa dan bakti mendiang, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mengurniakan darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada tahun 1996,” titah baginda pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ken Worden meninggal dunia

Artikel Berkaitan: