X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Zaid akhirnya dibenarkan pulang ke rumah

Kisah Zaid mendapat perhatian selepas kanak kanak itu terjatuh dari aras dua bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam.
A
A

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak lelaki berusia 22 bulan yang terjatuh dari bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas sembilan hari mendapatkan rawatan di hospital.

Ibu kanak-kanak terbabit, Nazrah Abdul Aziz memaklumkan, Zaid Harith dibenarkan pulang selepas mendapat kebenaran pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada petang Selasa.

"Pagi tadi (Selasa) doktor pakar datang beritahu perlu tunggu fisio (fisioterapi) baru boleh balik. Doktor kata sebab kecederaan otak ini adalah kes serius. Jadi mesti jumpa fisio juga.

"Selepas fisio, doktor maklumkan boleh discharge, Alhamdulillah! Kami sempat minum petang sebelum balik dan dalam kereta Zaid tertidur," katanya dalam catatan di Facebook pada Selasa.

Nazrah berkata, anak bongsunya itu bukan sahaja menunjukkan perubahan yang positif malah ceria sebaik sahaja tiba di rumah dan sudah mula melakukan aktiviti bersama kakaknya.

Nazrah turut memaklumkan, Zaid akan sentiasa dipantau dengan rapi kerana kecederaan yang dialami dalam proses penyembuhan selain masih memerlukan rawatan susulan di hospital.

"Jazakumullahu khayra buat semua yang mendoakan Zaid. Zaid masih lagi perlukan doa semua. Barokallahufik," kata Nazrah.

Pada 12 September lalu, Zaid dilaporkan terjatuh dari aras dua bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam akibat lantai kayu patah sebelum dikejarkan ke hospital.

Zaid yang mengalami pendarahan otak kemudiannya terpaksa ditidurkan pada hari berikutnya untuk mengelak bahagian sensitif itu mengalami kecederaan lebih serius.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu dipindahkan ke wad biasa di HKL pada 15 September selepas menunjukkan perubahan yang positif sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya di Klang pada Selasa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!