X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

New Zealand lapor 22 kes jangkitan tempatan libatkan varian Delta

A
A

WELLINGTON - New Zealand pada Isnin melaporkan 22 kes jangkitan tempatan Covid-19 melibatkan varian Delta sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 1,071.

Kes baharu dilaporkan di bandar Auckland dan berhampiran Whakatiwai, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 16 kes kini menerima rawatan di hospital, termasuk empat ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) atau unit rawatan separa rapi (HDU).

Auckland merekodkan 1,051 kes jangkitan tempatan, sementara Whakatiwai melaporkan tiga kes dan Wellington 17 kes.

Kementarian Kesihatan turut mendedahkan 1,039 kes dikaitkan secara epidemiologi atau subkluster lain manakala 12 kes lagi masih belum dipastikan punca jangkitan.

New Zealand turut melaporkan satu kes import melibatkan rakyatnya yang pulang dari luar negara. Kes berkenaan telah diasing dan dikuarantin di Auckland.

Jumlah kumulatif kes sejak pandemik bermula kini mencecah 3,725.

Pada 7 September lalu, kebanyakan wilayah di luar Auckland beralih ke Tahap dua yang membenarkan sektor perniagaan dan sekolah beroperasi seperti biasa, serta mewajibkan pemakaian pelitup muka dan perjumpaan dihadkan kepada 50 orang.

Bagaimanapun, Auckland kekal dengan sekatan pergerakan Tahap Empat yang kini sudah melebihi 30 hari menyaksikan penutupan sekolah dan sektor perniagaan tidak penting.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern dijadual mengumumkan tahap baharu sekatan pergerakan selepas mesyuarat kabinet pada Isnin. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!