Pulau Bidong kembali jmenjadi tumpuan

No Image Caption
A
A
A


Para pengunjung melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Bidong selepas Terengganu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara bermula Jumaat lepas.

Setelah hampir dua tahun sepi dari kunjungan pelancong akibat pandemik COVID-19, Pulau Bidong kini kembali menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat keindahan terumbu karang, peninggalan sejarah pelarian Vietnam, kepelbagaian flora dan fauna yang masih tidak 'terusik'.

Pulau Bidong telah diisytihar sebagai pusat penempatan orang hanyut Vietnam (Boat People) pada Ogos 1978 hingga November 1991. Sepanjang tempoh itu, seramai 252,390 orang pernah berlindung di pulau tersebut sebelum berpindah ke negara ketiga seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan Australia.

Pulau tersebut mula dibuka kepada pelancong pada Januari 2017 namun hanya terhad kepada lawatan sehari sahaja dan mereka yang mahu bermalam pula perlu mendapatkan kebenaran Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang diamanahkan menjaga kelestarian pulau tersebut. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Bacaan Yassin Warga TLDM Kota Kinabalu

No Image Caption
GALERI

Berswafoto dan beramah mesra

No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas