X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Sultan Johor berkenan terima menghadap tiga MB

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap tiga menteri besar di Mersing pada Sabtu.
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mersing pada Sabtu.

Pertemuan ketiga-tiga Menteri Besar itu dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim pada Sabtu.

Tiga menteri besar berkenaan sebelum itu menghadiri Majlis Taklimat Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Bersama Menteri Besar-Menteri Besar Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Selepas selesai mesyuarat, Menteri Besar Johor, Menteri Besar Pahang dan Menteri Besar Terengganu menghadap Sultan Johor.

Hasni dalam kemas kini terbaharu menerusi Facebook miliknya memaklumkan, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama projek pembangunan Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) antara kerajaan negeri dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

"Perjanjian tersebut ditangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat. Projek JDV ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Johor yang mahu menjadi hab makanan serantau.

"Saya yakin projek yang dijangka siap pada 2023 ini mampu meningkatkan pengeluaran susu tempatan memenuhi keperluan susu segar negara," tulisnya.

Katanya, satu taklimat tentang [email protected] dan Pembangunan Mampan di kepulauan ECER diberikan Baidzawi sebelum itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!