X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

DBKL selamatkan 35 gelandangan sekitar ibu kota

Jalaluddin (kiri) menyertai Operasi Gelandangan 4.0 dijalankan DBKL pada awal pagi Sabtu.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 35 gelandangan sekitar Kuala Lumpur diselamatkan melalui Operasi Gelandangan 4.0 dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada awal pagi Sabtu.

Menurut kenyataan DBKL, operasi yang bermula pada 12 tengah malam itu selama dua jam itu diketuai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

"Gelandangan yang diselamatkan telah menjalani saringan ujian Covid-19 dan tiada yang positif.

"Gelandangan yang berumur 60 tahun ke bawah dibawa ke Pusat Transformasi Gelandangan, Anjung Kelana oleh DBKL," katanya menerusi status dimuat naik di Facebook DBKL pada Sabtu.

Kenyataan tersebut menjelaskan, operasi bersepadu bersama agensi sahabat itu berjalan lancar.

Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan, gelandangan yang didapati positif ujian air kencing diambil tindakan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang turut serta dalam ops ini.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, DBKL telah menerima aduan awam berkaitan gelandangan di beberapa lokasi hotspot di sekitar ibu kota semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, data dua pusat gelandangan yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga Ogos lalu mendapati seramai 55 gelendangan ditempatkan di Anjung Singgah Kuala Lumpur, manakala seramai 172 lagi ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

"Selain gelandangan yang sihat, gelandangan yang mempunyai gangguan mental juga perlu diberi perhatian untuk diambil tindakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,'' jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!