X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Kerajaan dijangka perketat SOP, elak cetus kluster Langkawi

Pantai Chenang kembali bernyawa semula melalui program rintis Gelembung Pelancongan Langkawi. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan dijangka akan memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) untuk pelancong yang pergi ke Pulau Langkawi bagi memastikan tidak berlaku penularan pandemik Covid-19 seterusnya mencetuskan kluster di kawasan berkenaan.

Ini kerana pada Jumaat, sebanyak empat kes positif Covid-19 dikesan selepas saringan di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi pada hari kedua projek rintis gelembung pelancongan di pulau tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Daripada empat kes positif dikesan, dua di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Feri Kuala Perlis manakala masing-masing satu di PMA Lapangan Terbang Pulau Pinang Pinang dan PMA Subang.

Pada Khamis, lima individu dikesan positif Covid-19 pada hari pertama projek rintis gelembung pelancongan Pulau Langkawi.

Susulan itu, ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat kerana trend itu mungkin akan berterusan dan berlaku lagi pada hari yang seterusnya.

Dijangka persatuan atau pihak kerajaan mungkin akan tampil dengan beberapa saranan untuk memastikan pelancong boleh mengunjungi Pulau Langkawi tetapi pada masa yang sama dapat mengekang penularan wabak tersebut.

Dalam pada itu, Belanjawan 2022 yang dijangka akan dibentangkan pada bulan depan antara perkara menarik tumpuan masyarakat di negara ini.

Tumpuan masyarakat juga berfokus kepada peruntukan untuk sektor pendidikan yang bakal dibuka kembali pada pada 3 Oktober secara berperingkat mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pada Jumaat, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang menyarankan lima cadangan utama kepada kerajaan untuk melonjakkan sektor pendidikan.

Antaranya adalah rebat RM1,000 untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP), meningkatkan infrastruktur sekolah, pemilikan peranti kepada pelajar, menaikkan gred guru kepada DG56 serta pengiktirafan dan hadiah kepada para guru.

Gesaan tersebut bertujuan mengukuhkan kembali sektor berkenaan yang mengalami banyak cabaran ekoran pandemic Covid-19.

Bagaimanapun, sektor-sektor lain turut terjejas ekoran penularan wabak berkenaan seperti pelancongan, pertanian dan lain-lain.

Oleh itu, persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka akan menyuarakan pelbagai cadangan dan langkah kepada kerajaan supaya turut membantu sektor lain yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Masyarakat semestinya mengharapkan kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat berlaku adil dalam memberi komitmen yang seimbang kepada semua sektor yang terjejas.

Belanjawan 2020 semestinya menjadi platform penting kepada kerajaan baru untuk menunjukkan usaha mereka dalam membangunkan ekonomi negara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!