X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Guardiola rayu penyokong hadir ke Etihad

Pemain City, Jack Grealish meraikan jaringannya ketika berdepan RB Leipzig. foto: news founded.com
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola meminta penyokong City untuk hadir memenuhi stadium bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), berdepan Southampton, pada Sabtu.

Menurut Guradiola, adalah sesuatu yang memalukan apabila perlawanan membabitkan pasukan hebat seperti City tidak disaksikan penonton.

“Saya mahu menyaksikan lebih ramai penyokong datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini. Tolonglah, kami perlukan lebih ramai penonton.

“Ia sesuatu yang memalukan apabila pasukan anda mempamerkan aksi bola sepak terbaik, tetapi ia tidak dapat disaksikan penyokong.

“Oleh itu, saya mengharapkan semua penyokong City dapat hadir ke stadium nanti selain memberikan sokongan kepada pasukan,” katanya.

Difahamkan, Guradiola memberikan respon berkenaan berikutan ciapan di laman twitter yang mempertikaikan mengenai kekurangan kehadiran penonton bagi aksi Liga Juara-Juara pada Rabu, biarpun skuad The Citizens itu menang 6-3 ke atas wakil Jerman, RB Leipzig di Etihad.

Sementara itu, Guardiola mengharapkan agar responnya itu dapat menarik kehadiran ramai penyokong ke Etihad pada Sabtu bagi menyaksikan aksi perlawanan berkenaan.

“Anda tidak dapat menafikan kekuatan Manchester City dan kami mempamerkan aksi bola sepak yang menarik dan terbaik.

“Oleh itu, saya merayu sekali lagi kepada semua penyokong City untuk hadir beramai-ramai ke Etihad pada Sabtu,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!