X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Dua penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

Dua warga asing maut selepas berbalas tembakan dengan polis dalam kejadian awal pagi Khamis.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Dua penjenayah warga asing maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Bukit Mengkuang, Kubang Semang di sini pada Khamis.

Dalam kejadian pada jam 5.50 pagi itu, dua lelaki terbabit dikesan menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu di Jalan Penanti dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis kemudiannya mengarahkan kedua-dua suspek memberhentikan kenderaan mereka namun mereka terus memecut laju.

"Bagaimanapun suspek telah memberhentikan kenderaan mereka di kawasan semak di bukit berkenaan sebelum salah seorang daripada mereka di tempat duduk penumpang keluar dan melepaskan dua das tembakan ke arah polis.

Kejadian berlaku pada jam 5.50 pagi di Bukit Mengkuang, Kubang Semang.
Kejadian berlaku pada jam 5.50 pagi di Bukit Mengkuang, Kubang Semang.

"Sementara itu, suspek yang memandu kereta terbabit pula keluar dan menyerang polis menggunakan parang. Kedua-dua mereka didapati bertindak agresif.

"Bagi mempertahankan diri, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan kedua-dua suspek terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, tiada anggota polis yang mengalami kecederaan dalam Ops Api Siakap itu apabila tembakan dilepaskan suspeks tersasar dan hanya terkena pada cermin kereta polis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek terlibat dalam pelbagai kes jenayah di negeri ini.

"Kedua-dua suspek berusia lingkungan 30 dan 40 an dan menjadi buruan polis kerana terlibat dalam kes ugutan dengan melepaskan tembakan di Bukit Mertajam pada 12 September lalu," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata, hasil pemeriksaan pada kenderaan yang dinaiki suspek, polis menemui heroin serta pelbagai peralatan pecah rumah di bahagian but.

Mayat kedua-dua suspek dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Mayat kedua-dua suspek dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

"Kita turut merampas sepucuk pistol berisi enam butir peluru serta sebilah parang. Kes masih dalam siasatan bagi mengetahui identiti suspek kerana pemeriksaan pada kereta dan mayat suspek tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

"Pemeriksaan pada kenderaan pula mendapati kereta itu dilaporkan hilang pada 29 Ogos tahun lalu di Sungai Petani, Kedah," katanya.

Beliau berkata, mayat suspek dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!