65 penuntut sambung pengajian ke Jordan

Penuntut menaiki bas dari Lobi Utama BSIS ke KLIA pada jam 9.30 malam Rabu.
Penuntut menaiki bas dari Lobi Utama BSIS ke KLIA pada jam 9.30 malam Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 65 penuntut negara ini diterbangkan ke Jordan bagi melanjutkan pengajian masing-masing.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataannya memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 58 penuntut persendirian (tiada tajaan), lima tajaan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan dua penuntut tajaan Biasiswa Khas Datuk Menteri Besar Selangor.

"JAIS melalui Bahagian Pendidikan Islam (BPI) telah diamanahkan oleh kerajaan negeri dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) untuk mengurus penghantaran penuntut tajaan dan persendirian melanjutkan pengajian ke Timur Tengah," katanya yang memuat naik status di Facebook JAIS pada Khamis.

Pada majlis itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Mohamad Zahri Samingon diiringi Pengarah JAIS, Mohd Shazihan Ahmad menyempurnakan simbolik Majlis Pelepasan Pelajar ke Jordan.

Simbolik pelepasan penuntut menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Lobi Utama Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS) pada jam 9.30 malam Rabu.

Sebanyak dua bas membawa penuntut terbabit diiringi oleh anggota polis ke KLIA.

Artikel Berkaitan: