Tanah runtuh di Kampung Madsiang, bomba dikerah ke lokasi kejadian

Penghuni termasuk dua kanak-kanak diselamatkan oleh orang awam dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Madsiang, Penampang.
Penghuni termasuk dua kanak-kanak diselamatkan oleh orang awam dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Madsiang, Penampang.
A
A
A

PENAMPANG - Sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima laporan berlaku tanah runtuh di Kampung Madsiang, di sini, pada petang Rabu.

Hujan berterusan sejak enam jam lalu menyebabkan berlaku runtuhan lereng bukit dan menyebabkan sebuah rumah serta kenderaan terjejas dan dikhuatiri terdapat mangsa yang terperangkap.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu di Kampung Madsiang.

"Pasukan bomba sudah digerakkan termasuk Unit K9 (Unit Anjing Pengesan), namun setakat ini (jam 5 petang), terdapat masalah apabila laluan tidak dapat ditembusi dan saya dimaklumkan mereka masih terkandas.

"Bagaimanapun, berkemungkinan ada mangsa yang terperangkap," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Sebelum itu, tular dua video masing-masing berdurasi 29 saat dan 48 saat menunjukkan situasi tanah runtuh dan terdapat mangsa yang diselamatkan penduduk dipercayai berlaku di Kampung Madsiang.

Menerusi video yang tular itu, sebuah rumah hampir ranap manakala beberapa kenderaan terbalik dan beberapa individu termasuk dua kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari rumah berkenaan.

Artikel Berkaitan: