Kelindan tersepit dalam lori diselamatkan

Keadaan lori yang remuk akibat terlanggar treler di KM 99.1 LPT berdekatan Temerloh pada Selasa. -Foto: Ihsan bomba
Keadaan lori yang remuk akibat terlanggar treler di KM 99.1 LPT berdekatan Temerloh pada Selasa. -Foto: Ihsan bomba
A
A
A

TEMERLOH - Seorang kelindan cedera akibat tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer (KM) 99.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), menghala ke Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.26 petang itu, R Pookalan, 25, mengalami kecederaan di kaki dan muka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab, Penolong Penguasa Bomba Hairysam Mat Tahar berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan jenis Nissan yang melanggar bahagian belakang sebuah lori treler jenis Volvo.

Beliau berkata, tujuh anggota dari balai terbabit bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan orang awam.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati kelindan lori Nissan tersepit di kaki kiri serta mengalami kecederaan di bahagian muka.

"Anggota bertindak menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira 40 minit mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Lanchang dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: