Jangan bebankan pengusaha food truck

Food truck ini dibina dengan modal hampir RM100,00 bagi melengkapi sistem keselamatan.
Food truck ini dibina dengan modal hampir RM100,00 bagi melengkapi sistem keselamatan.
A
A
A

Pengusaha food truck meminta kerajaan mewarwarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) seragam bagi semua agensi terlibat dengan operasi food truck supaya tidak membebankan pengusahanya.

Seorang pengusaha food truck yang ditemui di Tapak Urban Street Dining Amcorp Mall, Eiman Khamis, 40, berkata, SOP sama itu juga bakal digunakan oleh pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain lagi.

EIMAN
EIMAN

Menurutnya, SOP berkenaan juga mesti tidak membebankan pengusaha food truck selagi ia dilengkapi sistem pencegahan kebakaran, pendawaian baharu dan ciri-ciri keselamatan lain.

"Saya buat food truck ni empat tahun lalu dengan membeli lori terpakai dan bina food truck dengan harga sehingga RM80,000. Saya buat konsep food truck sama dengan sistem di dapur.

"Ada kipas atau saluran pengudaraan seperti di dapur, alat pemadam api dan lain-lain lagi," katanya yang berpengalaman sebagai tukang masak hotel.

Eiman berkata, kebetulan sistem digunakannya dalam membina food truck berkenaan merupakan antara spesifikasi dalam garis panduan baharu disediakan oleh kerajaan.

Menurut Eiman lagi, pihak kerajaan baru mengubal garis panduan berkenaan dan sekiranya garis panduan berkenaan lambat diwajibkan akan lebih banyak lagi food truck tidak menepati spesifikasi yang akan dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

"Ada jenis lori tidak sesuai dijadikan food truck dari segi usia dan juga ketahanan casis lori. Ini semua yang perlu dijelaskan dalam SOP.

"Kita sebagai peniaga memang kena ikut. Kalau nak suruh tambah sistem keselamatan tu boleh tapi kalau nak ubah susun atur ikut yang terbaharu memang perlu kos tinggi," katanya.

Bagi seorang lagi pengusaha food truck, Muhamad Aikal Mohamed Nazri, 32, dia serta rakannya mengeluarkan modal hampir RM100,000 bagi melengkapi sistem keselamatan food truck yang dikendalikan mereka.

"Saya masih berusaha melakukan pendawaian dan dari segi keselamatan pekerja jika berlaku kebakaran. Itu sahaja yang tak lengkap lagi.

"Sebenarnya tindakan kerajaan ni bagus sebab majoriti food truck yang berada di negara ini tidak mengikuti spesifikasi keselamatan ditetapkan," kata peniaga tersebut.

MUHAMAD AIKAL
MUHAMAD AIKAL

Bagaimanapun menurut Muhamad Aikal, hal berkenaan juga membabitkan kos dan tidak semua pengusaha food truck mampu untuk memenuhi spesifikasi keselamatan berkenaan dalam masa yang singkat.

"Macam saya dah tiga tahun ambil masa sikit-sikit untuk sediakan food truck ikut spesifikasi keselamatan. Tapi pengetahuan kebakaran itu memang perlu ada dan saya meletakkan gas jauh dari dapur bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

"Kalau boleh minta kerajaan kaji balik. Lihat juga kosnya agar tidak membebankan pengusaha food truck," ujarnya.

Manakala seorang lagi pengusaha food truck, Syahrul Naim Mohamad, 25, berkata dia menyambut baik saranan kerajaan memandangkan itu keutamaan pengendali makanan dalam aspek keselamatan jangka masa panjang.

SYAHRUL NAIM
SYAHRUL NAIM

Menurutnya, bagi pengusaha yang mempunyai modal lebih atau mendapat bantuan pinjaman kewangan, mereka pasti sudah sedia maklum untuk menyediakan food truck lengkap dengan ciri keselamatan serta peralatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha food truck abai keselamatan pengguna?

ARTIKEL BERKAITAN: Kelab food truck sedia jumpa bomba