KBS jangka pusat sukan, gimnasium beroperasi masa terdekat

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan telah menyediakan cadangan bagi melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk membolehkan pusat sukan dan gimnasium kembali beroperasi dalam masa terdekat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya sedar tentang desakan berhubung pengoperasian semula fasiliti sukan berkenaan dan bersimpati kepada operator terlibat.

Menurutnya, pihaknya kini sedang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar perkara itu dapat diatasi.

"Kita berurusan dengan cukup rapat dengan KKM. Kita juga sudah sediakan cadangan untuk laksanakan SOP yang ketat membolehkan fasiliti (gimnasium dan bowling) dibuka.

"Saya percaya KKM sedang perhalusi SOP berkenaan. Insya-ALLAH dalam masa terdekat, pusat gimnasium dan boling ini dapat beroperasi," katanya ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang mahu Kementerian Belia dan Sukan mengesyorkan pembukaan operasi pusat sukan dan gimnasium dibuka semula.

Artikel Berkaitan: