X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Piala Malaysia: Selangor, KL City mampu cipta kejutan

Selangor FC dan KL City, dua kelab yang berada dalam prestasi terbaik mencipta kejutan di saingan Piala Malaysia. - Foto KL City FC
A
A

SELANGOR FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC dijangka menjadi kelab yang mahu dielakkan kebanyakan pasukan terutama empat pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC dan Terengganu FC menjelang undian 100 tahun Piala Malaysia esok.

Faktor itu terjadi kerana kedua-dua pasukan sedang berada di prestasi terbaik pada penghujung saingan Liga Super yang menyaksikan mereka boleh menewaskan sesiapa sahaja lawan yang akan ditemui di Piala Malaysia.

Menurut penganalisis Liga Malaysia yang juga bekas penyerang kebangsaan, Rudie Ramli, beliau menjangkakan mana-mana pasukan yang akan diundi bersama dua pasukan ini bakal memperlihatkan saingan sengit di peringkat kumpulan.

“Kalau kita tengok persembahan Selangor dan KL City kebelakangan ini, sememangnya mereka akan menjadi cabaran besar kepada pasukan-pasukan lain.

“Biarpun Selangor tewas kepada PJ City pada aksi terakhir namun dalam beberapa perlawanan sebelum itu, mereka saya dapati ada adunan pemain senior dan junior yang begitu baik.

“Mereka tampil cemerlang dalam kebanyakan perlawanan yang dilangsungkan di tempat lawan dan secara keseluruhan, kualiti mereka tidak jauh dengan empat pasukan di tangga teratas.

“KL City pula mempunyai rekod begitu menakjubkan apabila tidak tewas dalam 11 perlawanan di tempat sendiri walaupun mereka ada masalah ketiadaan penyerang import.

“Bagaimanapun, Bojan Hodak (ketua jurulatih KL City) begitu ‘masak’ dengan Liga Malaysia apabila bijak menggunakan Paulo Josue dan Romel Morales beraksi di posisi penyerang selain sudah mula menggunakan Safee Sali.

“Namun, jangan juga memandang rendah satu lagi pasukan iaitu PJ City, mereka sudah mula menemui rentak kemenangan pada dua aksi terakhir selain Melaka United,” katanya dipetik dari laman MFL.

Sebanyak 11 pasukan Liga Super mengesahkan tempat selain dua pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC sementara baki tiga lagi slot ke Piala Malaysia akan ditentukan antara empat lagi pasukan Liga Premier iaitu membabitkan PDRM FC, Kuching City FC, Kelantan FC dan Kelantan United FC.

Selain itu empat pasukan dari tangga kesembilan hingga sebelas Liga Super iaitu Sabah FC, Sri Pahang FC dan Perak FC manakala satu lagi akan diisi juara Liga Premier diikuti pasukan kedua hingga kelima Liga Premier, tanpa mengambil kira kedudukan kelab feeder.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!