X

Kindly register in order to view this article
!

MoU: Sinar politik matang, sejahtera

Kamaruzaman
A
A

KUALA LUMPUR - Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang memberi gambaran positif kepada landskap politik negara.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, inisiatif besar kerajaan itu merupakan langkah penting mewujudkan kestabilan politik sebagai asas membebaskan negara daripada wabak Covid-19 dan memacu negara dengan lebih cemerlang.

Menurutnya, MoU itu langkah tepat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merangkumi enam transformasi dalam menjayakan gagasan Keluarga Malaysia.

“MoU ini juga bertepatan dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera diperkenalkan oleh Pas sebagai teras politik negara yang menjadikan agenda politik matang oleh semua pihak untuk kesejahteraan negara.

“Semoga dengan termeterainya memorandum ini kerajaan dan pembangkang dapat bekerjasama sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) melakar sejarah apabila julung kali memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU yang dimeterai di bangunan Parlimen itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan susulan pemeteraian MoU itu berkata, ia membentuk kerjasama dwipartisan yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!