UMK terima dana RM2.3 juta laksana program SSE

Program diketuai oleh Wan Mohd Faizal dan dibantu kumpulan penyelidik UMK iaitu Profesor Madya Dr Mohamad Najmi Masri, Ts Dr Mazlan Mohamed, Mohd Aswawi Isa dan Alifah Adnan.
Program diketuai oleh Wan Mohd Faizal dan dibantu kumpulan penyelidik UMK iaitu Profesor Madya Dr Mohamad Najmi Masri, Ts Dr Mazlan Mohamed, Mohd Aswawi Isa dan Alifah Adnan.
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bekerjasama menjayakan Program B40 Sustainable Social Enterprise (SSE) untuk pemprosesan buluh bersepadu sebagai inisiatif meringankan beban golongan B40 dalam tempoh pandemik Covid-19.

Ketua Program B40 SSE, Profesor Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak berkata, Teraju memperuntukkan sebanyak RM2.346 juta di bawah pembiayaan Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB).

“Program ini sebahagian daripada inisiatif Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bertujuan memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat terutama golongan B40.

“UMK dilantik sebagai rakan kongsi strategik untuk bekerjasama membantu meningkatkan kesejahteraan dan sosioekonomi golongan bumiputera B40 khususnya di kawasan Jeli.

Jeli di antara daerah yang dipilih untuk mengumpulkan bahan mentah.
Jeli di antara daerah yang dipilih untuk mengumpulkan bahan mentah.

“Program ini akan memberi tumpuan kepada kategori projek kluster dengan menggabungkan penduduk tempatan di Jeli termasuk orang asli membabitkan 50 peserta,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut Wan Mohd Faizal, untuk melihat keberhasilan projek berkenaan, satu model digunapakai dengan mengambil kira semua faktor berteknologi tinggi bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran bahan bakar buluh yang diproses.

Tambah beliau, pemilihan Jeli sebagai tapak pengumpulan bahan mentah kerana persekitarannya yang kaya dengan sumber alam semula jadi.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, projek ini membolehkan penduduk tempatan terlibat sama di dalam industri produk berasaskan buluh yang membawa kepada sumbangan penting dalam pelbagai industri di Malaysia dan juga boleh dieksport ke luar negara seperti Jepun dan Turki,” katanya.

Program berkenaan diketuai sendiri oleh Wan Mohd Faizal dan dibantu oleh kumpulan penyelidik UMK iaitu Profesor Madya Dr Mohamad Najmi Masri, Ts Dr Mazlan Mohamed, Mohd Aswawi Isa dan Alifah Adnan.