Agong ajak ahli Parlimen, rakyat ingati mangsa Covid-19

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memulakan titah ucapan istiadat pembukaan Dewan Rakyat dengan mengajak ahli Parlimen dan rakyat Malaysia bertafakur bagi memperingati mangsa Covid-19 yang meninggal dunia.

Titah Seri Paduka Baginda, mereka yang beragama Islam membaca al-Fatihah dan bukan Islam bertafakur selama seminit.

“Ingin mengajak ahli-ahli berhormat sekalian dan seluruh rakyat Malaysia untuk bertafakur dan kepada yang beragama Islam untuk membaca surah al-Fatihah bagi kita memperingati rakyat beta yang telah terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya menemui Tuhan Yang Maha Esa akibat Covid-19,” titah Seri Paduka Baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Isnin.

Sidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Artikel Berkaitan: