Wujudkan pusat pengumpulan bantu usahawan kecil, sederhana

Mohd Hafidz (kiri) dalam program Diskusi Pembangunan Ekonomi Rakyat anjuran Kongres Ekonomi Rakyat (KER) Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 yang diadakan secara maya pada Ahad.
Mohd Hafidz (kiri) dalam program Diskusi Pembangunan Ekonomi Rakyat anjuran Kongres Ekonomi Rakyat (KER) Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 yang diadakan secara maya pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah pusat pengumpulan bagi menguruskan hasil pengeluaran usahawan kecil dan sederhana perlu diwujudkan bagi membantu membangunkan ekonomi rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor keusahawan.

Usahawan Halal Hub, Datuk Seri Mohd Hafidz Jafelis berkata, pusat sedemikian selain berperanan membantu usahawan memasarkan produk mereka juga menguruskan proses pengumpulan serta penjagaan kualiti hasil mengikut standard yang ditetapkan.

“Apa yang saya nak jelaskan di sini adalah pusat pengumpulan itu penting. Kalau kita tidak kumpulkan, macam mana mereka nak pasarkan produk baik dalam dan di luar negara.

“Di pusat itu juga kita perlu spesifikkan dari segi bahan-bahan yang nak dikumpulkan itu sama ada untuk dibungkus dan dijenamakan di bawah satu jenama atau pun mengikut apa yang dimahukan usahawan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program ‘Diskusi Pembangunan Ekonomi Rakyat’ yang diadakan Kongres Ekonomi Rakyat (KER) Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 yang diadakan secara maya pada Ahad.

Beliau berkata, usaha untuk mewujudkan pusat pengumpulan tersebut boleh bermula daripada peringkat kawasan yang paling kecil iaitu daerah, negeri dan sehinggalah seluruh negara.

Berkongsi pengalaman, beliau mengakui produk hasil tangan usahawan Malaysia sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi di luar negara khususnya di China dan negara Asia Barat.

“Contoh di China, permintaan di sana terlampau banyak dari segi komoditi, bahan mentah dan juga barangan yang dah siap dibungkus.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, disebabkan kebanyakan kita menitikberatkan sijil halal, negara-negara Asia Barat pun perlukan barangan keluaran kita.

“Peluang cukup banyak. Tetapi siapa yang hendak bawakan. Adakah usahawan itu sendiri akan membawa barangan dia ke luar negara? Jadi, sebab itu kita kena sediakan satu platform,” jelasnya.