X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Milo lancar koleksi tin Milo Edisi Terhad

Milo menampilkan reka bentuk koleksi Tin Milo Edisi Terhad 2021 Kiri; Edisi Kopitiam, kanan: Edisi Warung. (Ng Su Yen)
A
A

MILO meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini dengan melancarkan koleksi Tin Milo Edisi Terhad 1.5 kilogram (kg) 2021.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, Milo menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made telah melancarkan koleksi itu yang mengungkapkan pertalian erat antara Milo dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan.

Menurutnya, pada tahun ini, tradisi itu telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR).

"Milo menampilkan dua reka bentuk, koleksi Tin Milo Edisi Terhad 2021 meraikan cara unik rakyat Malaysia menikmati Milo kegemaran mereka sama ada di warung-warung tepi jalan (Edisi Warung) mahupun di kopitiam yang menggamit nostalgia (Edisi Kopitiam),“ katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, selama lebih 70 tahun, Milo tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga untuk rakyat menghadapi aktiviti harian.

“Kami bukan sahaja berbangga dengan Milo yang kini menjadi sebahagian daripada warisan budaya Malaysia, malah menerusi kempen ini, kami juga ingin meraikan keberanian serta kegigihan yang membentuk semangat juara takkan gentar dalam diri rakyat,“ katanya.

Beliau berkata, koleksi Tin Milo Edisi Terhad 2021 kini berada di pasaran dan pembelian boleh dibuat di pasar raya yang berhampiran serta secara atas talian menerusi laman e-dagang utama, selagi stok masih ada.

Su Yen berkata, bagi membangkitkan lagi kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam kalangan peminat serta rakyat Malaysia, Milo mengajak rakyat Malaysia untuk menonjolkan keunikan budaya Malaysia dengan berkongsi bagaimana Milo melengkapkan hidangan kegemaran mereka menerusi Peraduan Kita Kan Malaysia.

"Peserta hanya perlu mengambil gambar Tin Milo Edisi Terhad bersama makanan kegemaran yang dianggap sebagai gandingan terbaik dan memuat naiknya ke media sosial beserta tanda pagar #MILOMerdekaMalaysiaDay dan #TimeforMILO sebelum 30 September 2021 untuk berpeluang memenangi set hadiah eksklusif Milo," katanya.

Sementara itu, Pengarah Seni Loka Made, Jayee Lim berkata, Loka Made berbangga untuk berkongsi hasil karya mereka dengan rakyat Malaysia, khususnya peminat Milo dan berharap mereka juga akan turut berbangga untuk memiliki ikonografi Milo itu.

"Kami berharap dengan cara ini kami dapat memelihara warisan budaya kita. Tin Milo edisi terhad ini bukan sekadar menjadi kenangan buat generasi akan datang malahan peringatan betapa Milo sentiasa dekat di hati anak-anak Malaysia,“ katanya.

Lim berkata, walaupun reka bentuknya sarat dengan unsur tradisi, namun koleksi Tin Milo Edisi Terhad 2021 tampil dengan kecanggihan teknologi AR yang menghidupkan warisan ini.

"Dengan mengimbas kod QR pada tin, peminat dapat merasai pengalaman interaktif 3D dengan rekaan warung dan kopitiam tersebut,“ katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.milo.com.my/bm/Tin-MILO-Edisi-Merdeka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!