Kek Lapis Amal untuk tabung TCD: Deja Moss

Deja Moss ketika sesi pelancaran usahasama
Deja Moss ketika sesi pelancaran usahasama
A
A
A

RAWANG - Penyanyi Deja Moss dengan kerjasama Teratak Che Dah (TCD) Niaga menjalankan projek Kek Lapis Amal: Kek Lapis Sarawak bagi mengisi tabung operasi rumah anak yatim TCD.

Pemilik nama Sharifah Hadijah Wan Moss berkata, dia menyambut baik idea usahasama itu sebagai memperkukuhkan perniagaan sambil melibatkan diri dalam kerja kebajikan.

Menurutnya, dia yang berpengalaman dalam perniagaan kek lapis Sarawak terpanggil untuk berkongsi ilmu dan resipi dengan masyarakat setempat.

"Perniagaan dulu hampir semuanya saya uruskan sendiri dari pengeluaran dan pemasaran tapi di TCD saya akan turunkan ilmu resipi kepada penduduk setempat dengan jaminan kualiti rasa yang sama.

Deja Moss (empat dari kanan) bersama Sohaimi berkolaborasi untuk projek kek lapis amal
Deja Moss (empat dari kanan) bersama Sohaimi berkolaborasi untuk projek kek lapis amal

"Saya bercadang mahu pasarkan produk ini bukan hanya kepada pelanggan tempatan malah ke negara jiran termasuk Singapura melalui pembukaan reruai semasa Ramadan nanti," katanya sewaktu pelancaran projek kek lapis amal: Kek Lapis Sarawak Deja Moss di TCD Kamoung Melayu Sri Kundang, di sini.

Sementara itu, Pengerusi TCD, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, idea usahasama itu tercetus bagi mendapatkan dana tetap pengoperasian rumah anak yatim dan memberikan peluang kepada penduduk setempat menjana pendapatan.

"Kos operasi TCD dianggarkan RM20,000 sebulan dan melalui projek ini kita harapkan sekurang-kurangnya dapat menampung 50 peratus kos operasi itu.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai permulaan, kira sasarkan sekurang-kurangnya pengeluaran awal antara 800 hingga 1,000 paket kek lapis yang akan ditambah bergantung kepada permintaan khususnya ketika musim perayaan," katanya.

Variasi tujuh perisa Kek Lapis Sarawak Deja Moss
Variasi tujuh perisa Kek Lapis Sarawak Deja Moss

Katanya, produk tersebut akan menggunakan medium perniagaan atas talian dan media sosial sebagai ruang iklan produk selain populariti Deja Moss yang sedia terkenal dengan perniagaan kek lapis Sarawak sejak dahulu.

"Produk juga akan dipasarkan di rangkaian kedai-kedai terpilih yang akan membuat promosi dari semasa ke semasa.

"Mereka yang berminat menjadi ejen atau membuat tempahan boleh berhubung TCD Niaga di talian 018-2660092 atau e-mel keklapisdejamoss@gmail.com," katanya.

Katanya, sebanyak tujuh jenis kek lapis sedia untuk dijual setakat ini dan bersedia memenuhi tempahan lain jika ada permintaan.