Terbuka AS: Raja No 1 Dunia jumpa Raja Olimpik di separuh akhir

Alexander Zverev, Novak Djokovic
Alexander Zverev, Novak Djokovic
A
A
A

PEMAIN sensasi dunia, Novak Djokovic akan meneruskan kempen memenangi keempat-empat kejuaraan Grand Slam pada tahun yang sama apabila dijadualkan menentang juara Olimpik Tokyo 2020, Alexander Zverev pada separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Pemain nombor satu dunia berusia 34 tahun tersebut sebelum itu tampil bergaya menewaskan pemain dari Itali, Matteo Berrettini 5-7 6-2 6-2 6-3 di pentas lapan terbaik.

“Zverev dalam prestasi luar biasa apatah lagi melakar kemenangan pada setiap laluan fasa kejuaraan ini untuk ke pentas separuh akhir. Saya tahu corak permainannya. Malah kami pernah berentap di Tokyo.

“Sejujurnya, dia antara pemain terbaik di dunia, apatah lagi setiap cabaran yang beliau harungi mematangkan lagi corak permainannya pada tahun ini,” kata Djokovic

Zverev pemain berusia 24 tahun yang berstatus pemain nombor empat dunia mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain dari Afrika Selatan, Lloyd Harris, 7-6 (8-6) 6-3 6-4, mengejar gelaran Grand Slam pertama, setelah menamatkan naib juara pada Terbuka AS 2020.

Zverev berkata, dia teruja apabila dapat berentap dengan pemain nombor satu dunia tersebut sekali lagi tahun ini selepas mengalahkannya di Tokyo 2020 sebelum ini.

“Saya rasa seperti pemain pertama yang mengalahkan Djokovic dalam temasya berprestij sukan terbesar dunia tahun ini

“Menang di Tokyo, menentang pemain nombor satu dunia terutamanya ketika ketinggalan satu set ternyata berbeza berbanding perlawanan lain. Ya, emosi berbeza,” ujar Zverev.

Artikel Berkaitan: