X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Sedia suntikan RM500,000 perkasakan Johor e-Marketplace 2.0

Kerajaan Johor sediakan suntikan rangsangan e-dagang sebanyak RM500,000 untuk perkasakan Johor e-Marketplace 2.0, sekali gus lahirkan usahawan PKS secara dalam talian.
A
A

KERAJAAN negeri Johor menyediakan suntikan rangsangan e-dagang sebanyak RM500,000 untuk memperkasakan Johor e-Marketplace 2.0, sekali gus melahirkan usahawan perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) secara dalam talian.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad berkata, peruntukan berbentuk baucar itu susulan daripada kejayaan Johor e-Marketplace 1.0 yang berlangsung sehingga 31 Disember 2020 dan telah melahirkan 13,400 penjual baharu melalui medium e-dagang dengan mencatat jualan lebih RM7 juta.

Katanya, bagi meneruskan aktiviti e-dagang ini, kerajaan negeri menerusi anak syarikat kumpulan Permodalan Darul Ta'zim iaitu Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) menjalin kerjasama strategik dengan Shoppe Mobile Malaysia Sdn Bhd untuk menjayakan platform e-dagang Johor e-Marketplace bagi tahun kedua pelaksanaannya.

“Ternyata usaha ini memberi manfaat yang besar kepada lebih 18,000 perniagaan di Johor dan daripada jumlah itu, sebanyak 13,400 merupakan penjual yang baru mengenali medium e-dagang.

“Pada tahun ini juga, sebanyak RM500,000 disediakan dalam bentuk baucar diskaun yang boleh dimanfaatkan oleh para penjual dan pembeli yang menyertai Johor e-Marketplace 2.0,” katanya pada pelancaran Johor e-Marketplace 2.0 secara maya pada Khamis.

Hasni berkata, kempen ini berlangsung mulai 15 Julai 2021 hingga 15 November 2021 dan menurut laporan daripada pihak Shopee, sehingga kini, lebih 8,000 PKS Johor telah mendapat manfaat dengan nilai jualan lebih RM7 juta.

Katanya, Johor perlu lebih giat membangunkan potensi PKS supaya dapat memberi nilai tambah kepada kemajuan dan kemakmuran ekonomi, khususnya kepada usahawan Johor. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!