Buruh parah di kepala langgar tapir melintas

Keadaan bangkai tapir betina di lokasi.-Foto: Ihsan PDRM
Keadaan bangkai tapir betina di lokasi.-Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

DUNGUN - Seorang buruh mengalami kecederaan parah di kepala akibat terseret lebih satu meter selepas terlanggar seekor tapir betina yang melintas secara tiba-tiba di Kilometer (KM) 90 Jalan Jerangau-Jabor di sini pada malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.07 malam itu, motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang lelaki berusia 20 tahun mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan akibat perlanggaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian difahamkan motosikal ditunggang mangsa dari arah Bandar Al- Muktafi billah Shah (AMBS) ke Bukit Besi di sini.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangnya gagal mengelak seekor tapir yang dipercayai melintas secara tiba-tiba dan disebabkan jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak sebelum melanggar haiwan liar tersebut.

Motosikal ditunggang mangsa mengalami kerosakan teruk selepas melanggar seekor tapir betina di lokasi kejadian. Foto: Ihsan PDRM
Motosikal ditunggang mangsa mengalami kerosakan teruk selepas melanggar seekor tapir betina di lokasi kejadian. Foto: Ihsan PDRM

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat terseret lebih kurang satu meter dan luka-luka di bahagian belakang badan sebelum dibawa ke Hospital Dungun bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Baharudin berkata, pemeriksaan awal di lokasi kejadian turut mendapati seekor tapir seberat hampir 100 kilogram tersebut mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Artikel Berkaitan: