X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Kadar jangka pendek kekal stabil

A
A

KADAR jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM34.6 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.9 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion untuk 14 hari dan 21 hari serta tender Qard lelongan matang pelbagai Islam (iRMA) bernilai RM4 bilion untuk lapan hari hingga 21 hari.

Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik bernilai RM800 juta untuk 61 hari.

Bank pusat turut mengumumkan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.6 bilion dan RM18 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!