X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

Kerajaan perlu beri tumpuan kepada pendekatan mikro

Noor Nirwandy ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian edisi ke-287 yang turut disertai aktivis undang-undang dan peguam, Aidil Khalid; Pengarah Eksekutif Third World Network (TWN), Chee Yoke Ling; Pengerusi Pertubuhan IDRIS, Datuk M Nizam Mahshar manakala Edlynna Hanie Hamid bertindak sebagai moderator. FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A

SHAH ALAM – Kerajaan perlu memberi cerminan baharu dalam pentadbiran dengan menumpukan kepada isu atau pendekatan yang bersifat mikro.

Penganalisis politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, pendekatan secara mikro dalam konsep Keluarga Malaysia ini penting kepada kerajaan baharu khususnya dalam tempoh 100 hari.

Menurutnya, pendekatan itu juga penting kerana banyak perkara-perkara yang bersifat mikro telah dirancang dan diwujudkan.

“Kita lihat bagaimana belanjawan, Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan bajet-bajet tertentu telah disalurkan untuk tujuan penambahbaikan berhubung keselamatan politik, keselamatan kesihatan dan keselamatan ekonomi dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian edisi ke-287 bertajuk ‘Keluarga Malaysia dan Cabaran 100 Hari Kerajaan’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panel ialah aktivis undang-undang dan peguam, Aidil Khalid; Pengarah Eksekutif Third World Network (TWN), Chee Yoke Ling; Pengerusi Pertubuhan IDRIS, Datuk M Nizam Mahshar, manakala Edlynna Hanie Hamid bertindak sebagai moderator.

Beliau dalam masa yang sama turut menyifatkan kerajaan baharu ini mempunyai sedikit kelebihan kerana boleh menggunakan pengalaman yang ada dalam pentadbiran kerajaan lalu.

Noor Nirwandy Mat Noordin.
Noor Nirwandy Mat Noordin.

"Kerajaan baharu boleh melakukan penambahbaikan serta menjadikan ia sebagai rujukan. Pendekatan mikro ini amat kritikal kerana ia akan membantu mewujudkan satu elemen yang lebih dekat kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Nirwandy berpendapat, pendekatan 100 hari yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan satu konsep politik yang biasa dilakukan oleh mana-mana pemerintahan.

“Cuma pengukuran bagaimana untuk mengukur 100 hari itu perlu diperluaskan.

“Contohnya rekonsilasi dalam kalangan ahli-ahli politik, gencatan politik harus berlaku, masyarakat harus memberikan solusi-solusi idea untuk membina konsep dan naratif keluarga Malaysia serta memberikan penambahbaikan apa yang perlu dan patut dilakukan.

“Ia bukan berkisar tentang pembentukan kerajaan dan prestasi ahli-ahli kabinet, tetapi lebih menyeluruh kepada mikro dan peranan dalam kalangan blok kerajaan, pembangkang serta masyarakat,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!