KPM dapatkan pandangan ibu bapa, pihak sekolah di NS

Mohd Radzi (dua dari kiri) pada sesi libat urus bersama pihak sekolah dan PIBG bagi seluruh sekolah di Negeri Sembilan pada Selasa.
Mohd Radzi (dua dari kiri) pada sesi libat urus bersama pihak sekolah dan PIBG bagi seluruh sekolah di Negeri Sembilan pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengadakan sesi perbincangan bersemuka bersama wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru, guru besar dan pengetua sekolah bagi sekolah di seluruh Negeri Sembilan pada Selasa.

Beliau berkata, dalam sesi libat urus tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapatkan pandangan ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah mengenai persekolahan murid di negeri itu yang telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ini penting dalam membantu KPM memuktamadkan pelan komprehensif pembukaan sekolah.

“Segala saranan dan cadangan yang dilontarkan dalam sesi libat urus ini akan kami teliti dan perhalusi.

Apa jua yang kami usahakan pastinya demi pendidikan generasi masa depan negara.

Insya-ALLAH.

“KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Pada 3 September lalu, Radzi mengesahkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau berkata, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 PPN.

Untuk rekod, negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa 1 PPN ialah Kedah, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.