Samsung Galaxy Z Flip3 5G dibuka untuk pra-pesanan

Telefon Samsung Galaxy Z Flip3 5G kini dibuka untuk pra-pesanan dan pembeli berpeluang mendapatkan e-baucar bernilai RM600 untuk dibelanjakan di Samsung Malaysia Online Store apabila membuat pesanan pada 21 September, 2021. - Foto Bernama
Telefon Samsung Galaxy Z Flip3 5G kini dibuka untuk pra-pesanan dan pembeli berpeluang mendapatkan e-baucar bernilai RM600 untuk dibelanjakan di Samsung Malaysia Online Store apabila membuat pesanan pada 21 September, 2021. - Foto Bernama
A
A
A

TELEFON Samsung Galaxy Z Flip3 5G kini dibuka untuk pra-pesanan dan pembeli berpeluang mendapatkan e-baucar bernilai RM600 untuk dibelanjakan di Samsung Malaysia Online Store apabila membuat pesanan pada 21 September, 2021.

Samsung Electronics Co Ltd dalam satu kenyataan berkata, pembeli juga boleh mendapatkan perlindungan Samsung Care+ bernilai sehingga RM699, percuma selama setahun, jika mereka melakukan pra-pesanan pada tarikh tersebut.

Hadiah ditawarkan untuk pra-pesanan adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ sementara stok masih ada. Terma dan syarat lain mungkin akan digunakan.

"Samsung Z Flip3 5G telah membawa kembali faktor reka bentuk lipat clamshell menjadi trend, menunjukkan bahawa telefon pintar moden dan berkuasa adalah bergaya, menyeronokkan dan kekal berfungsi semua dalam satu,” katanya.

Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri yang dipertingkatkan seperti reka bentuk kemas yang lebih baik dengan skrin penutup 1.9 inci baharu.

Galaxy Z Flip3 5G, penggunaan yang selesa di tangan pengguna tersedia dalam tujuh warna cream, hijau, lavender, phantom black, kelabu, merah jambu and putih.

Aksesori juga disediakan untuk pengguna Galaxy Z Flip3 5G seperti penutup silikon dengan cincin atau tali, penutup yang jelas dengan cincin, penutup kulit atau penutup aramid, kata Samsung.

Telefon pintar yang boleh dilipat separuh seperti alat solek kecil, ia lebih mudah untuk melihat skrin tanpa memerlukan ia sandar kepada permukaan lain sebagai sebagai sokongan, pengguna boleh meletakkan Flip mereka di mana-mana permukaan dan Flex Mode yang intuitif akan menunjukkan imej di bahagian separuh atas skrin itu, ia kelihatan kompak.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, pengguna hanya perlu menekan butang kunci sebanyak dua kali untuk mengaktifkan kamera selfie di skrin penutup tanpa membuka Flip. Pengguna juga dapat menikmati kemudahan dan fleksibiliti mengambil gambar selfie dan video secara automaik tanpa melakukan secara manual dengan tangan kerana ia boleh berdiri sendiri tanpa alat tambahan,” katanya.

Samsung berkata, sebagai tambahan, Galaxy Z Flip3 5G (Flip) dilengkapi dengan Hideaway Hinge yang kukuh yang membolehkan Flip terus terbuka dan tersedia untuk pelbagai sudut.

Pengguna mungkin tidak perlu bimbang membawa telefon pintar Flip itu ke kolam renang dan pantai kerana dilengkapi teknologi IPX8 menjadikannya kalis air, pada masa sama pengguna dapat menikmati suara yang jelas dengan pembesar suara stereo dipertingkatkan yang menghasilkan audio Dolby Atmos.

Menerusi Multi-Active Window, Flip dapat melakukan pelbagai tugas, pengguna dapat membuka aplikasi yang berlainan di skrin atas dan bawah ketika peranti tersebut dilipat.

Selain itu, skrin penutup bersaiz lebih besar pada 1.9 inci dengan sokongan untuk widget baharu, Sentiasa di Paparan dan penatalan (scrolling) mesej, pengguna dapat melihat pemberitahuan secara mod senyap, menukar muzik, membuat pembayaran malah mengambil swafoto tanpa perlu membuka peranti.

Pengguna juga dapat memadankan Galaxy Z Flip3 5G dengan aksesori fesyen seperti Galaxy Watch4 dan menyesuaikan wallpaper skrin penutup untuk digabungkan dengan watch face.

Versi Galaxy Watch4 Classic atau Galaxy Watch4 Bluetooth juga tersedia untuk pra-pesanan dan pembeli boleh menerima e-baucar bernilai sehingga RM250 dalam tempoh tawaran tersebut untuk dibelanjakan di kedai dalam Talian Samsung Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran pra-pesanan itu, layari pautan di http://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-preorder-2021/. - Bernama